

PENGENALAN SCALE@UA
Jawatankuasa Naib Canselor/ Rektor Universiti Awam (JKNC/R UA) pada 15 Julai 2021 menyambut baik inisiatif yang dibentangkan oleh Universiti Malaya bagi penawaran kursus menerusi “Shared Academic Course and Learning Experience” kepada pelajar Universiti Awam atau dikenali sebagai SCALE@UA. Inisiatif ini membolehkan kolaborasi kepakaran di kalangan Universiti Awam (UA) dan membolehkan penglibatan aktif pelajar dalam pembinaan pengetahuan dan kemahiran, secara langsung memupuk komuniti dengan amalan intelektual.
Pembelajaran menerusi SCALE merujuk kepada pembelajaran secara perkongsian kursus yang fleksibel di kalangan UA dalam pelbagai mod pemerolehan pengetahuan yang dilaksanakan secara sepenuh masa. Antara objektif pelaksanaan program SCALE@UA adalah:
- Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperluaskan pengalaman pendidikan di samping menimba pengalaman baru dengan mengikuti program perkongsian kursus yang ditawarkan oleh UA.
- Memberi peluang mengikuti kursus di UA tanpa perlu menarik diri dari semester pengajian di Home University.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dari kalangan pakar bidang akademik (Subject Matter Expert) UA.
- Mewujudkan peluang pembelajaran bersama pelajar dari pelbagai UA.
- Mewujudkan kerjasama antara UA dalam perkongsian aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan staf akademik.
Course Code | Course Name |
---|